Monday, 20 January 2014

Cerita ceriti

Bismillah.....

Hari ini hari ke 20 dalam kalendar 2014. Ini bermakna dah 20 hari kita berada di tahun baru. Alhamdulillah ...bersyukur ke hadrat ALLAH SWT telah melaksanakan impian aku untuk sekali lagi hadir ke program advance Dr Azizan Osman. Kali ini ADVANCED MARKETING POWER yang di adakan di MIECC Seri Kembangan pada 17-19 Januari 2014.


Banyak ilmu marketing yang aku dapat dari program ini. Memang memang memang teramat banyak ilmu yang di kongsikan oleh DOC. Semoga DOC dapat meneruskan legacy untuk mencurahkan ilmu bukan sahaja untuk dunia malah akhirat juga. 


Dengan kehadiran lebih 5000 orang peserta, subhanaallah itu saja yg dapat aku katakan. Ini adalah antara manusia yang ingin mengubah hidup untuk memberi manfaat dan menambah nilai hidup orang lain. Syukur kita antara mereka yang diberikan hidayah untuk hadir ke program sebegini.



Bersyukur juga aku kerana dapat membawa bersama anak yang sulong ku yang baru habis SPM. Ini adalah program ke 2 yang di ikuti oleh anak ku. Sebelum ini Dunia Keushawanan 2014 di SACC pada bulan Disember 2013 yang lepas. 

Dia bagi tau aku....ibu ramai orang cakap along bertuah sebab muda muda lagi dah dapat ilmu power.....pada aku ini semua aturan ALLAH SWT....kita sebagai hamba berusaha sebaik mungkin untuk bekalan di sana nanti.

 Bakal jutawan muda

Ok lah esok insya allah aku sambung lagi.....






No comments:

Post a Comment