Bismillah.....
Syukur ke hadrat ALLAH , berkesempatan mencoretkan kisah untuk hari ini. Walaupun dah masuk petang hari .....Alhamdulillah semalam mendapat idea untuk nama produk yang akan menjadi item utuk menambah nilai hidup orang lain.
Syukur design di buat oleh adik saya sendiri. Free la.....Alhamdulilah.
Semuanya penangan AMP2014 yang sangat power. Saya nampak matlamat bisnes yang jelas. Saya ingat pesan DAO ...salah satu dosa besar dalam bisnes ialah berniaga kerana DUIT.
Alhamdulillah ..bila kita tukar niat kita ...rezeki datang dengan tidak di jangka. Terima kasih Ya ALLAH.
Thursday, 23 January 2014
Monday, 20 January 2014
Idea mencurah curah
Bismillah.....
Alhamdulillah.....syukur pada allah....banyak sangat nikmat yang aku dapat selama ni......syukur syukur syukur....
Baru lepas 2 hari habis seminar, semangat terus melonjak2....idea datang mencurah curah....tindakan satu persatu dipermudahkan ALLAH. Dorongan dan semangat datang dari orang yang tersayang. Ya ALLAH...nikmat mana lagi yang mahu aku dustakan.
Ilmu yang diberi oleh ALLAH melalui Dr Azizan Osman memang cukup power dan bernilai. Hanya satu teknik saja yang sekarang bermain di fikiran aku dan aku yakin pendapatan aku boleh melonjak 3 kali ganda...subhanallah......maha suci ALLAH.
Minggu ini aku akan balik kampung untuk ambik stok. Buat permulaan biarlah aku yang bersusah dahulu...aku yakin kesenangan akan datang tanpa di sangka. Yang penting beri beri beri.....bagi bagi bagi.....
Kekayaan bukan berapa banyak yang boleh kita simpan tapi berapa banyak yang kita boleh bagi. Baru aku faham erti sebenar KEKAYAAN JIWA dalam hidup. Pengalaman aku sendiri...baru niat nak memberi , allah dah tunjukkan bermacam macam jalan untuk mencapai kekayaan tersebut.
Kita perlu kaya jiwa baru kaya harta akan datang mencurah curah. Manusia memang selalu buat silap, cukup cukup cukup....berubah lah demi masa depan yang lebih baik. Bila keinginan nak berubah itu kuat ....insyaallah perjalanan agak mudah.
Cukup sampai sini dulu....insyaallah jika diizinkan kita jumpa lagi...
Wassalam...
Cerita ceriti
Bismillah.....
Hari ini hari ke 20 dalam kalendar 2014. Ini bermakna dah 20 hari kita berada di tahun baru. Alhamdulillah ...bersyukur ke hadrat ALLAH SWT telah melaksanakan impian aku untuk sekali lagi hadir ke program advance Dr Azizan Osman. Kali ini ADVANCED MARKETING POWER yang di adakan di MIECC Seri Kembangan pada 17-19 Januari 2014.
Banyak ilmu marketing yang aku dapat dari program ini. Memang memang memang teramat banyak ilmu yang di kongsikan oleh DOC. Semoga DOC dapat meneruskan legacy untuk mencurahkan ilmu bukan sahaja untuk dunia malah akhirat juga.
Dengan kehadiran lebih 5000 orang peserta, subhanaallah itu saja yg dapat aku katakan. Ini adalah antara manusia yang ingin mengubah hidup untuk memberi manfaat dan menambah nilai hidup orang lain. Syukur kita antara mereka yang diberikan hidayah untuk hadir ke program sebegini.
Bersyukur juga aku kerana dapat membawa bersama anak yang sulong ku yang baru habis SPM. Ini adalah program ke 2 yang di ikuti oleh anak ku. Sebelum ini Dunia Keushawanan 2014 di SACC pada bulan Disember 2013 yang lepas.
Dia bagi tau aku....ibu ramai orang cakap along bertuah sebab muda muda lagi dah dapat ilmu power.....pada aku ini semua aturan ALLAH SWT....kita sebagai hamba berusaha sebaik mungkin untuk bekalan di sana nanti.

Bakal jutawan muda
Ok lah esok insya allah aku sambung lagi.....
Subscribe to:
Posts (Atom)